Pengenalan :
TEBU LUKUT satu nama yang tidak asing diantara pengusaha Bumiputra yang telah membuat kajian dalam aspek penanaman dan proses hiliran yang berasaskan tebu. Tebu merupakan salah satu tanaman kontan yang memberi pulangan agak lumayan, namun disebaliknya menanam tebu secara komersial bukanlah satu perkara mudah maka ramai yang gagal.
TEBU LUKUT telah mencipta nama bermula pada tahun 2001 menghasilkan produk jus minuman tebu Asli yang tiada tandinganya dengan jenama "AMEER AIR TEBU LUKUT" juga melakukan beberapa kajian dalam melakukan proses hiliran agar keseluruhan tebu dapat digunakan selain menghasilkan jus minuman.seperti Cuka,Gula Tebu, Gula Tarik, Softboard, dan Baja Organik, makanan ternakan.tebu mempunyai etnol yang mampu dijadikan bahan bakar sebagai penyumbang tenaga.
TEBU LUKUT juga merupakan sebuah syarikat yang aktif dalam membantu pekebun kecil dan juga pengusaha ladang tebu yang menjalankan aktiviti perniagaan eksport tebu ke Singapura. Bertindak sebagai sebuah syarikat Konsultan memberi bimbingan dan khidmat nasihat dengan kadar bayaran yang berpatutan dengan menyediakan plan rancangan tanaman secara menual atau penggunaan jentera.
TEBU LUKUT juga sedang giat mereka cipta peralatan berinovasi seperti alat-alat keperluan pertanian mesin rumput inovasi mengunakan troli. juga menghasilkan beberapa produk herba dari tumbuhan liar yang mampu mengubati berbagai penyakit.seperti darah tinggi kencing manis, gaut dan memulihkan tenaga batin.
No comments:
Post a Comment